Nukilan Hati Seorang Musafir Ilmu..

Tinta memberi peluang untuk menukilkan sesuatu..atas keizinan dari Ilahi..

jemputlah...buat macam rumah sendiri..


Thursday, 21 October 2010

Disini...Disana..

Sebulan 18 hari di sini,
Perkara baru banyak di sini.
Debu,hon kete,kete drift di sini
Orang cun mengemis di sini.,
Main takraw pelik di sini,
Air tiada dan berklorin di sini., 
Cuaca tidak menentu di sini,
Dress up lagi stylo di sini,
Waktu solat cepat di sini,
Rumah tinggi di sini,
Kereta mahal-mahal di sini,
Lancer dibuat teksi di sini,
Dan banyak lagi DI SINI yang tiada n berbeza dengan DI SANA.....


ibnuzakri
bayt paradise
11 mlm = 4 pagi MALAYSIA...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, 10 October 2010

Hope....must become REALITY..

Assalamualaikum semua....semoga kalian2 semua mendapat kerahamatan dari ALLAH...
Alhamdulillah,diberi juga  keizinan oleh ALLAH untuk menukilkan sesuatu yg insyaALLAh boleh memnberoi semangat n motivasi kepada diri sendiri n makhluk ALLAH yg lain...

'Amir engat,ko 2 abg,ank sulong,jd contoh kepada adik2"

'Amir,ibu dan ayah sentiasa mendoakan kejayaan amir,supaya jadi contoh kepadas adik'

'Amir,g la bg tazkirah 2,penceramah x hdir hari ni,bkn slalu,Ramadhan setahun sekali'

'Nnt bleh r jd imam kt msjid'

Ibu dan Ayah......saudara mara....adik -beradik..org kampung..cikgu2....kawan2....

Dialog diatas adalah beberapa butir kalam yg bleh di fikir dr 2dua sudut,positif n negatif.....kadang2,apabila bnde basic seperti di atas ditujukan terhadap individu,byk sgt alasan yg di berikan...
Tapi sebenarnya.perbualan diatas,merupakan tanggungnjawab seorg muslim...
Saya selalu teringat dan terngiang-ngiang kata tersebut kerana semua ni adalah harapan n tanggungjawab yg ditaklifkan keatas diri saya..
Memang,jadi slah seorang drpd anak2 sulong di dunia ni.mmg bersyukur kerana sebagai pemula dlam keluarga,kebiasaannya kne menjadi yg terbaik ...contoh kepada tabi'en (adik2)..
 Berat sebenarnya menjadi ank sulong,tp yg berat 2 la mengajar sy erti kehidupan...

Remembering...give advantages to MUSLIM


"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.
Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.
Membina dan Meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.
Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.
Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?
Ingat..
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Friday, 1 October 2010

Hampir sebulan....

Assalamualaikummmm..agk lme x update ni..
start dari 12 September 2010,hgge skrg,asenye dh nk sebulan duk kt bandar Irbid ni..em,cm2 bnde yg jadi..byk gk penglaman2 baru...
1.masuk klas,fully arabic..peh,berpinar otak,puas nk phmkn pe 'doktor' cakap.
2.huhu..first klas,agk lmbt datang coz xjmpe klas..ad r bbrpa shbt yg len
3.nk salin pe yg 'doktor' tulis kat white board ssh nk dpt coz tulisan..huh..leh tahn..cre nk dpt salin pe yg dy tuli,kne tulis terus pe yg 'doktor' cakap
4.g tasmi'...dngar doktor mengajar ..dgr je..dpt r ilmu..Alhamdulillah
5.cre2 nk g bndr (balad)
6.g MSD n bndar AMMAN.
7.makn makanan arab..terbaek r..
8.rumah sewa yang "lengkap"
9.men futsal kat padg universiti
10.men takraw(org arab kate susah n dyorg plik tgk)..hehe

byk ag..nanti r cite....k,salam..

Thursday, 23 September 2010

Pesanan buat pasangan..


Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!
Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia?
Kenapa tidak nikah sahaja? Boleh khalwat lama-lama.
"Ingat nikah tu senang?!" Mungkin ini persoalannya.
Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta.
Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini.
Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya.
Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuab asing hanya boleh dinikmati selepas berumah tangga. Ingat tu!
Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang).
Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.
Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang menghampiri zina lagi tidak diredhaiNya.
Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun cinta,
Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta.
Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, demi untuk meneruskan belajar atau mengejar cita-cita.
Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.
Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya.
Pemuda selalu bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti.
Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya syabab?
Kerisauan ini lumrah... ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab.
Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000.
Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi membiayai hidup orang lain.
Faktor ini membuatkan sang pemuda takut berkahwin.
Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme.
Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.
Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:
"Dan nikahkanlah orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya, dan Allah maha luas pemberian_Nya lagi maha mengetahui." - An-Nur: 32
Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?
Umar al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi:
"Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya."
Nabi Muhammad s.a.w juga memberi gambaran yang praktikal.
Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a:-
"Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang." - Riwayat Bukhari dan Muslim
Tidak hairanlah Ibnu Mas'ud pernah berkata, "Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-Nur: 32
Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.
Buat kaum Hawa,
Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walauapapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.
Buat Syabab,
Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w.
Beliau bersabda:
"Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik." - Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain
Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah.
Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata.
Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian.
Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak, Percayalah!
Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan).
Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan.
Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.
Laksanakanlah ikatan dengan mana paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a menjelaskan:-
"Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah memudahkan peminangan dan kemudahan maharnya". - Riwayat Ahmad
Oh, kaum Hawa!
Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!
Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin.
Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu.
Yakinlah pada Allah. Berdoalah padaNya agar dipermudahkan nikah buatmu.
"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah." - Riwayat Bukhari

sweet ,cute n love moment..

Datin.Mislah (ibu), saya , Dato' Zakri (ayah)..loye both very much..
Assalamualaikum....ni nk cite cket sal kehidupan mse dulu2 n sekarang..just nk berkongsi....mle belajar membaca,menulis,mengeja,mengira, semuanya bermula di rumah ini...di.didik oleh ibu dan ayah tersayang............

Cikgu Norizan n Cikgu Rosnani..(ni cikgu mse tadika 7tahun)
Kenangan best gak mse tadika,tp kat ats ni bkn gmbr sebenar....dlu2 ak cmni r..mse 2 comel2 ag..rse cm sekejap je mase,pejam celik pejam celik,dh best tadika...dlu mse tadika,xnakal sgt,kdg2 jd pelajar terbaik...hehe

Ustazah Naimah,Ustazah Badariah,,Ustazah Sabariah,AMIRUL Nurhayati,Ustazah Syamsiah n Ustazah  Siti Firuz..




Syukur sangat2 coz kat Felda pendidikan agama n ilmu dunia seimbang coz pada waktu pagi g sekolah kebangsaan n petang plak g sekolah agama rakyat..Alhamdulillah la coz prng dgr gk ad kwan2 yg mse prgkat rendah just skolah kebangsaan je...Alhamdulillh byk bnde blajar kt Sek.Agama Rakyat Chini Timur 2 ni...subjek akhlak,tauhid,feqah,tilawah al-quran,tajwid,bahasa arab.tulisan jawi,sirah nabawiyyah ..berguna sangat2..egt ag mse ustazah n ustaz ajr mse kt skolah agme ni..prnh kne rotan coz pncitkan tyar bsikal budak..huhu....p2 ad plak plak UPKK (penilaian cm UPSR tp utk skolah agama,tp tahun 5 la)...
results boleh r..yg pling best tiap tahun xmiss dapt hadiah cemerlang..hehe....xlpe gk kat Ustaz Mat Zin,Ustaz Ramli,Ustaz Othman Basyar n Ustaz Rahim (guru besar smpai sekarang)..Ustazah Nafisah,Ustazah Harlina,Ustazah Haslina....time kasih banyak2 ustaz n ustazah2 semua..Jasa mu kukenang sampai ble2..

Musafir kehidupan..dulu n Kini..

Alhamdulillah setelah berjaya menamatkan pelajaran diperingkat menengah di sekolah tercinta,SMK(A)PAHANG,kini alhamdulillah saya telah bermusafir bagi mengisi dada yang kehausan ilmu ini ke bumi Anbia,Jordan....syukur Alhamdulillah..pada mulanya berat rasanya untuk mendalami ilmu dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam ini...*tukar bhse jap ea...
Mse kat skolah menengah dulu sy amik klas sains tulen,so agk lari r dari bidang yang saya belajar selama dua tahun di peringkat menengah....ad yg mengatakan saya ni "murtad biology"...agk sinis perlian 2..tp xpe,2 sume sbg cabaran n semangat utk sy menceburi dalam bidang baru ni...mse skolah dulu selalu sangat kutuk2 n pndg sebelah mte je kat dak2 klas akaun,yela coz sy dulu kn dak sains tulen...mse skolah dulu pn nk msuk klas sains tulen pn cite2 nk jd doktor n satu ag bile masuk klas sains tulen ni nmpk cm cerdik n kdg2 berlagak la kn,ye la klas pertama,org kte "klas budak2 cerdik"..hehe....lawak ble kenangkan pemikiran diri sendiri mse skolah dulu....budak bru belajar katekan...hehe
Tapi 2 sume dh jd kenangan, sekarang dengan rezeki n Allah telah tetapkan sejak dari lahir lg,Amirul Arief b. Zakri telah melanjutkan pelajaran di Jordan dalam bidang yg dulu kurang minat,tp sekarang kne mnat n terus berusaha....
Ibu n Ayah pn byk bagi dorongan supaya teruskan belajar dalam bidang ni...memandangkan bidang ni cukup kritikal n memerlukan rmai tenaga mahir dlam bidang ekonomi islam...so,sy shut cabaran ini...InsyaALLAH..bittufiq wannajah...