Nukilan Hati Seorang Musafir Ilmu..

Tinta memberi peluang untuk menukilkan sesuatu..atas keizinan dari Ilahi..

jemputlah...buat macam rumah sendiri..


Friday 6 January 2012

Percaya + Yakin : Rezeki hanya milik-NYA

REZEKI satu perkataan yang mempunyai maksud berbeza bergantung atas siapa yang menilainya.
Mungkin ada yang berkata rezeki itu apabila dia peroleh 17A1,dinaikkan gaji,dinaikkan pangkat,dapat kereta besar,dapat beli rumah besar dan sebagainya.
Ya.memang betul segala apa yang diperkatakan diatas merupakan rezeki yang tidak lain tidak bukan pemberian dariNYA.Tetapi hakikatnyaa,REZEKI boleh diluaskan lagi skop perbincangannya yang bukan sekadar rezeki itu sekitar permberian untuk kehidupan didunia mlah boleh ditafsirkan lagi dari segi pemberian untuk Hari yang KEKAL ABADI.

Teringat kata2 my lovely mother
"Amir,kalau nak ape2,doalah kat ALLAH,insyaALLAH Dia bagi"
Sahabat saya,Akmal Haffiz
"Amir,doa je la kat ALLAh,konpem dapat"

Ya.Tepat sekali.
Nasihat2 yang memang tepat untuk seseorang yang bergelar mukmin yang hanya perlu bergantung hidupnya hanya kepada Dia kerana jika mengharapkan sesuatu selain Dia,maka telah syirik."Islam Agama Anti-Syirik"status Fb senior saya,Syahnazrin Hasyim.


"Dan telah berkata tuhanmu,berdoalah kepadaku,nescaya aku akan kabulkan"


Sekadar ingin berkongsi beberapa kebesaran Allah yang berlaku dalam kehidupan saya berkaitan rejeki (bahasa indon).Dan sebelum itu,ramai yang menganggap apabila kita dapat melihat awan berbentuk kalimah Allah,pokok berbentuk kalimah Allah,kalimah Allah pada buah dan sebagainya merupakan tanda2 keagunganNYA hingga kadang2 ada diantara kita menyibukkan diri mencari tanda2 tersebut hingga terlupa tanggungjawab sebenar seorang mukmin.Memang tidak dinafikan,semua ini tanda kekuasaanNYA dan membuatkan kita bertambah yakin dan percaya ,tetapi adakah dengan percaya semata2 sudah cukup?
Bukankah iman itu mempercayai dengan hati,membenarkan dengan lidah dan beramal dengan anggota badan?Fikir-fikirkan..

Berbalik semula kepada perkongsian sedikit pengalaman merasai kebesaran serta keagunganNYA dalam setiap urusan hidup bak kata Dr.Asri "ALLAh begitu ajaib dalam setiap urusan hidup"

Oversea.
Masa di sekolah,subjek yang paling minati ialah Syariah Islamiah dan banyk sebab kenapa saya meminati subjek ini dan mainly is sebab ustazah yang mengajar memang ayu n lawa bagi pandangan mata saya n sahabat saya..(fikiran budak sekolah)
Selalu tanya ustazah bagaiman hendak menyambung pelajaran di Mesir dan belajar syariah (macam ustazah).Alhamdulillah Allah permudahkan urusan.Ustazah suruh saya mohon di YP (Yayasan Pahang) dan saya mencuba.Alhamdulillah dapat rezeki yang memang saya tak sangka,belajar di Jordan dalam bidang yang saya sendiri tidak sangka saya mampu hadapinya..Alhmdulillah,sekarang dah tahun akhir..Sangat cantik aturan ALLAh..

Haji.
Biasanya pelajar2 timur tengah akan mengambil peluang keemasan untuk tunaikan rukun islam yang ke-5.
Bak kata orang2 di Malaysia "Ruginya kalau tak pergi haji bila belajar kat negara2 arab ni,dah dekat kan,alang2 pergi je la.".
Saya cuba untuk tidak merasa kerugian yang diperkatakan.Saya dan kawan2 memang excited hendak menunaikn haji sebab dari kecik tengok dalam TV je..sekarang ni dah dekat.(rezeki belajar di Jordan) mesti la kene pergi.

"Kamu merancang,dan Allah juga merancang,sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah"

Semasa di sekolah,cikgu saya acap kali mengingatkan perkara ini kepada saya.Nasihat yang simple tetapi amat dominan dengan kehidupan kita semua.Terrima kasih Allah kerana memberikan saya seorang cikgu seperti ni kepada saya.SYUKUR.
Dapat berita bahawa tahun tersebut seluruh rakyat Malaysia di Jordan tidak dapat pergi ke Mekah kerana tiada kuota untuk orang2 "asing".Allah,ujian yang besar.
Segala persiapan sudah disediakan.duit,kelengkapan,sudah baligh..tetapi perancangan Allah yang terbaik.
SEDIH.KECEWA.HAMPA. tetapi Allah masih bersama dengan kita Allah bersama orang2 yang sabar.
Sebelum itu,dah beritahu kat keluarga dan sahabat2 di Malaysia,hanya Allah yang tahu kesedihannya.
terus call ibu,ibulah tempat saya mengadu kalau sedih,kecewa,gembira selepas Allah..terima kasih IBU.

"Ibu,tahun ni tak dapat pergi haji la..sedih sangat2"
"Erm..takpe la mir,tak de rezeki ,nak wat cmne kn,,,hah,mase ni la kne percaya pada REZEKI,nanti ade rezeki,pergi la."
Terkedu...

Solat Fajar time winter.
Bangun untuk solat subuh time winter memang satu cabaran yang paling besar bagi saya khususnya dan student2 oversea amnya (mungkin)
Perlu bertarung dengan tebalnya hirom (selimut tebal),kesejukan pagi,kesejukan air..memang berat!!
Tetapi kalu kita niat betol2 untuk bangun  dan mohon sungguh2 sebelum tidur,maka tidak mustahil Alah izinkan kita bangun solat subuh berjemaah di masjid..
Seperti mana kata2 kawan saya "Buat baik ini adalah rezeki Allah,bila kita mampu buat baik,jangan pula kita  menghina oarng yang tidak mampu untuk berbuat kebaikan,semuanya rezeki Allah"....(tersentap)
Memang nikmat dapat bangun subuh dan ditambah dengan Qiamulail..Memang terbaik.!!!!
"qiamulail ubat paling mujarab"
"qiamulail amalam orang2 soleh,kalau nak jadi orang soleh,ikutla amalan mereka"
Moga terus dikurniakan Allah untuk membuat kebaikan..ameen.


Kesimpulan.
Hakikatnya memang rezeki itu hak mutlak milik ALLAH..memang tiada yang berhak melainkan ALLAH
'Sesungguhnya kalau Allah mengizinkan sesuatu,ia tidak boleh ditahan oleh mana2 tangan sekalipun,dan jika Allah menghalang sesuatu,ia tidak boleh dihulur oleh mana2 tangan sekalipun"..betapa hebatnya kekuasaan KERAJAAN ALLAH..

wallahua'lam..moga ALLAH redha.
menyahut seruan "convey from me,even one verse"...
ibnzaq..












No comments:

Post a Comment