Nukilan Hati Seorang Musafir Ilmu..

Tinta memberi peluang untuk menukilkan sesuatu..atas keizinan dari Ilahi..

jemputlah...buat macam rumah sendiri..


Saturday 31 December 2011

MAHAL dan makin MAHAL

Wanita itu MAHAL.
Sangat-sangat mahal.
Mahal segala-galanya. Mahal dari segala sudut.
Makin mahal wanita itu APABILA
makin mulia peribadinya, makin baik akhlaknya,
makin elok percakapannya, makin terjaga auratnya, makin indah budi pekertinya. Oh, wanita seperti inilah yang akan membahagiakan para lelaki (suami) mereka nanti.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud;

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Friday 30 December 2011

status FB #4

Antara yang seronok mengahwini seorang doktor ialah, selain sudah tidak lagi ke klinik, kita akan sangat rajin mengulangkaji Google Calendar, sensitif dengan masa dan semua itu menjadikan kita sangat dinamik. Orang-orang bujang keliling saya, tolonglah pertimbangkan cadangan ini. Kahwinlah dengan doktor.

Pleaseee!!!

via saifulislam.

status fb#3 benar ada sinar

BERKATALAH BENAR WALAUPUN TIDAK DIBENAR,
KERANA PADA BENAR ITU ADA SINAR

status FB #2

orang yang hatinya terasa sangat berat untuk call mak ayah dan kawan-kawan, hanya kerana sayangkan seringgit dua kredit prabayar. mereka ini perlu diingatkan selalu,bertapa ramai manusia yang sanggup menghabiskan segala harta yang selama ini dikejar dan dikumpul untuk mendapatkan peluang mendengar suara mereka sesaat dua,tetapi sudah tidak berpeluang kerana mereka sudah dipisahkan oleh dua alam yang berbeza. Manfaatkan peluang yang ada,jangan bertangguh,hidup dunia ni sat je. Call mereka,buat mereka gembira.

azlanshah JB

status FB #1

Bila kita mampu melakukan kebaikan,
jangan kita cela pada yang tidak mampu.
Sesungguhnya kebaikan itu adalah rezeki daripada Allah.
Yang sepatutnya kita lakukan adalah membantu
menunjukkan jalan,
dan memberikan harapan.

via H.A

Thursday 29 December 2011

Tak sabar tapi berdebar

Kata-kata yang boleh ditafsir dalam pelbagai sudut dan perspektif.
Setiap orang dapat memberi respons  dan pandangan berbeza mengikut pengetahuan dalam diri masing- masing.
Kadang-kadang dalam kehidupan yang pengakhirannya AKHIRAT,kite seringkali mengalami pelbagai ranjau serta tribulasi yang kadang-kadang menyebabkan kita berasa ingin berputus asa.
Namun sikap serta sifat negatif seumpama ini harus dikikis bagi memungkinkan kita untuk kembali ke JANNAH kerana janji yang Sang Pencipta itu benar belaka. (MUQADDIMAH)

Tak sabar tapi berdebar seringkali berlaku dalam kehidupan seharian kita.Kadang-kadang hati berasa sangat tidak tenteram kerana risaukan sesuatu berdasarkan status individu.


Student : "ya ALLAH,risaunye nak exam,mintak2 la semua lulus,dah la final year...xnak repeat"
Engaged : "ya ALLAH,mintak2 la kawen nnt semuanya ok"
Workers : "ya ALLAh,mintak2 la bulan ni capai target,klu x ,x naik la gaji ak"

Monolog-monolong yang acap kali bermain2 dalam hati.Mesti familiar kn??

Situasi saya sekarang adalah yang pertama.
Sebagai student tahun akhir di Universiti Yarmouk,Jordan saya seringkali bermonolog
'Boleh ke"
"Cuaknye"
"Risaunye"

Bile rase macam ni,perkara yang biasa saya buat call family kat malaysia.Bile dapat cakap dengan ibu,ayah n adik beradik yang lain pastu dengar plak cite2 jatuh tangga la,pegi shopping la n pe2 je la kadang2 dapat wat perasaan risau tu hilang..macam baru dapat ubat.. ^_^
Yang paling best bile dapat dengar ibu cakap panjang2  n nasihat aank die ni..macam2 la nasihat ibu..
Selalu suruh ibu doakan,rasanye dah bali kali sebut kat ibu,tapi still jugak nak cakap...LOVE MY IBU.

tapi yang paling penting ialah ingatlah yang MAHA Pencipta coz hanya dengan ingat kat DIA,100% mesti hati yang resah gelisah jadi tenang setenang air dikali....(jangan disangka tiada buaya)..hehe

teringat satu puisi yang selalu saya tengok bile balik kat kampung,ade kat tertampal kat almari umah MAK (nenek)... tapi x ingat la penuh..
.....................,
.....................,
bila hati rasa gelisah,
ingatlah  pada YANG MAHA ESA..



InsyaALLAh,boleh!!..doa pada yang MAHA MEMAQBULKAN DOA..








Friday,9.57 a.m.,
Irbid,Jordan

Sunday 13 March 2011

Alasan kebiasaan si pelaku dedah aurat..

Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi. Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

---------------------------------------------
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling. [1]

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi) [2]

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. [3]

4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi. [3]




credit to salafussoleh...

ibnzaq,
irbid,jordan..

Saturday 12 March 2011

'Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!'

Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat

erti kebahagiaan yang sebenarnya...
Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"
Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]
Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan
[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]
Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik
Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)
[Pengalaman sering mematangkan kita]

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك

Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah
[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya
[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada
[Bersyukurlah wahai diri ini...]

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق

فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر

"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!
Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu
[Firman Allah yang bermaksud:]
"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
لتوبة: 40)


 Credit to Dr.Asri(DR.MAZA)


ibnzaq,
irbid,jordan
mode:esok exam math...


 

Friday 18 February 2011

sahabat.....Allah tahu kemampuanmu...semoga cepat sembuh..

yang kanan sekali barisan hadapan sedang sakit akibat kemlangan,moga cepat sembuh..NADRAh..


Saturday 12 February 2011

Semoga tabah menghadapi dugaan ..wahai SAHABAT..



لا يكلف الله نفسا إلا وسعها.
ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...(1:286).
.sesungguhnya kau telah menerima ujian dariNYA kerana DIA tahu kau mampu menanggungnya..dan kami masih belum mengetahui apakah jenis ujian yangg akan kami hadapi
.Sahabat,semoga dikau tabah dan sabar menghadapi ujian dariNYA..kami hanya mampu berdoa supaya dikau pulih serta kembali berjuang bersama kami..UKHUWAH yang dibina tidak akan putus...
ibnzaq
 

Saturday 5 February 2011

Lumrah hidup..

Assalamualaikum....

Ajal maut  jodoh pertemuan di tangan  ALLAH.Memang kita sebagai manusia tidak boleh dari qada; dan qadar tersebut dan kita sebagai manusia perlulah yakin setiap ape yang ditentukan oleh ALLAH kerana" kita merancang dan ALLAH juga merancang"(kata2 puan surianawati dizaman sekolah dulu)
Sungguh tepat kadang2 kita merancang ,tetapi kadang2 tidak menjadi dan pada ketika itu kita hnya mampu berserah sahaja kepada ALLAH tapi sebelum itu mesti disertai dengan usaha yang istiqomah dan bersungguh-sungguh:

(من جد وجد ومن زرع حسد)

Alhamdulillah dapat juga kol ibu semalam coz dah lme xkol ibu ,,Yela baru balik bercuti di Mesir
Macam-macamm berita yang berlaku di Malaysia dan yang nak aku fokuskan ialah tentang famili
First sekali seronok sangat2 apabila ibu btau yang AKAK aku dah nak KAHWIN..cukup teruja disamping bersyukur kepada ALLAH .ALHAMDULILLAH..
Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu telah tiba,yela cucu BANIA yang sulung nak kawen,confirm meriah tapi ada satu fakta...Yang membuat ak terharu sangat..Majlis akad nikah nak wat bila ak dah blek nanti...wah best sgt2..yela agpn akak kn,nk gak la tgk...
BARAKALLAHULAKUMA WABARAKA 'ALAIKUMA WAL BARAKA WALJAMA' FI KHAIR..
Satu ag,dpat gak berita sal walimatul urus.kali ni PAK CIK aku lak nak kwen,tp xtggu ak la,xpe la..pak cik ak ni adik beradik ayah..
 and lastly my n_ _ _ _ e was widowed..fullstop..

APE2 pun Tahnaih kepada insan yang disebutkan..AKU lmbt ag kot..he2





ibnzaq
irbid,jordan
10.05 a.m


Monday 31 January 2011

Seronok berholiday....le tour de Jordan..

 Alhamdulillah...pejam celik pejam celik sudah empat bulan aku di bumi anbia ini.4 bulan yang banyak mengajar erti hidup berdikari seorang perantau ilmu.Ada suka,ada duka,salah faham dan macam-macam lagi yang menjadi penyeri kehidupan hidup sebagai seorang anak rantau.
Alhamdulillah setelah beerhempas pulas muraja'aah bersama kawan-kawan,menghafal,study ,stay up dan overnight tuk menduduki imtihan niha'ie,hasilnya Alhamdulillah results kali ini meningkat dari sem yang lepas walaupun baru first time ambil ezxam di bumi jordan ni..
Alhamdulillah doktor ,kwan2,senior2 membantu dalam pembelajaran..Terima kaish Semua....
HAH..2 baru muqaddimah baru...
Alhamdulillah akhirnya dapat juga menghabiskan sem selama 4bulan n saat yang paling ditunggu-tunggu sudalah sampai..HOLIDAY..HOLIDAY..CUTI..'UTLAH.....YAHHUU...
Pada mulanya aku dan kawan-kawan bercadang untuk bercuti di mesir,tetapi iqomah(cam visa pelepasan tuk kenegara orang) masih belum siap tapi cuti dah mula..hati mula tak duduk diam..Takkan duduk rumah je cuti2 ni,bosan gile..
alhmdulillah,tiba-tiba dapat ilham tuk kembara jordan..wah,memang seronok coz dengar pengalaman senior2 (amin,alan,dell,pedo,ain,jai,shah,akim,abe,sheikh,wan) memang seronok sangat2...Terus je tanye dyorg contact number tuk pergi ketempat2 yang best di jordan ..Aku n Daus yang jadi mastermind tuk rehlah /kembara jordan kali ,holiday bersama-sama kawan-kwan ikip...wow seronok sangt,belum pegi lagi tu,seronok dy dh mcm tahap power r...

Mula merancang dengan daus ktorg cadang selagi xdapt iqomah,selagi 2 ktorg kembara dalam jordan je..
Alhamdulillah ktorg telah dapat organize "kembara jordan " selama 3 siri...mksudnye 3hari la...

First edition : Jarash,Ajloun,Ummu qais
Second edition : Ahli kahfi (gua ashabul kahfi),Bahrul mayyit (laut mati),Shalalat (air terjun)
Third edition : Wadi mujib,Wadi bin hammad,wadi

Wah..best tak plan ak n daus...Alhamdulillah semua berjalan lancar..semua tempat2 dapt disinggahi..

 Hah..kat bawah ni la sedikit pic2 yang dapt diupload coz banyak sangat ,sampai beribu gambar..Alhamdulillah la dapat gak upload pic ni..




Pagi hari pertama sebelum gerak..Pose kt depan rumah..

tempat first pegi .Jarash
Jarash....tempat tinggalan tenteta Rom




Still dalam jarash..dibawah runtuhan2 kota Rom






Ajloun Castle...istana Salahuddin Al-Ayyubi,pemimpin tentera islam yang hebat pada msa dulu..Diatas bukit.

Ummu qais...tinggalan rom...sangat besar

gua ashabul kahfi tapi orang arab panggil ahli kahfi


laut mati..terapung 2.sebelah lautan sne israel



main lumpur kat laut mati,lumpur yang baik,,klu kt malaysia mmg x la ,,he2






first time jmpe waterfall kat jordan...tggi kne pnjt bukit


kat wadi




kat wadi mujib..dikelilingi bukit2 batu,,scenery yang mmg superb






bersama bad,org jengka...kat wadi mujib



kat wadi bin hammad..tempat dy cam tempat shootinh JURASSIC PARK(wadi binhammad)


ak,hazim,falah,aliff n abu khalil(tourist guide)



kat Atas bukit..ketinggian 600meter dari paras laut...



Alhamdulillah...best sangat2 selain dapat menikmati dan melihat kebearan ALLAH..SUNGGUH AGUNG CIPTAANNMU YA ALLAH.....
InsyaALLAH..lepas ni le tour de EGYPT lak..TGGUU...


p/s:lme dah holiday,tp bru ad mse tuk update...


ibnzaq
irbid jordan
mood:letih bru blek dr mesir n kelas dah start....





























Tuesday 18 January 2011

Semoga dikau aman dan tenang disana..Dicucuri rahmat olehNYA..

Assalamualaikum....
Lumrah kehidupan manusia,setiap yang hidup pasti akan merasai perpisahan yang selamanya...
Sangat sedih apabila kami mendapat berita kematian seorang sahabat kami, Nurul Iman binti Ab Alim yang sedang melanjutkan pengajian di mesir dalam bidang perubatan..
Beliau sempat bersama-sama kami dalam kursus intensif bahasa arab 2008..
Semua tenaga pengajar amat terkejut menerima berita ini.
Sebenarnya sangat2 sedih...
Alhamdulillah jenazah arwah telah selamat dikebumikan di Mesir
Ajal tidak mengira usia..
Ingat lima sebelum lima.
sihat sebelum sakit
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
muda sebelum tua
HIDUP sebelum MATI.


Semoga dikau selamat disana..Sesungguhnya DIA sangat2 sayangkan dikau
Al-Fatihah.....




p/s: sedih sgt n alhamdulillah dapat mengenali arwah walaupun sekejap...




ibnzaq,
irbid jordan..
mode: sedih (pepisahan sementara n perpisahan selamanya)
 
 
 

Monday 10 January 2011

Attention......Sedih,Marah N Fikir sendiri..

Sila lihat gambar berikut dan cari perbezaan berdasarkan cerita berikut :


                                                                   VS



CERITA :

Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka :  Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]


p/s: artikel dari Fb yang menarik untuk dikongsikan
      pesanan untuk diri sendiri dan rakan2.


ibnzaq,
irbid,jordan
3.18 a.m /9.18a.m
mode: xtdo coz tggu subuh dlam musim winter smbil menghafal...
          housemate yang lain sudah tidur.




Inspiration.....2 years more..

Bergambar sebelum konvo bersama encik suami.


Selepas majlis konvokesyen di PWTC.
Pendorong semangat ibu

Memasang impian,,insyaALLAh lagi 2 tahun

Bakal graduan dalam proses..








Sebahagian daipada gambar yang semapat dimuatkan dalam entri kali ni...
Sebenarnya konvokesyen Ibu ni suadah lama,cume sekali sekala ingin mengembalikan semula untuk belajar and the role model was My IBU..
Cerita sedikit tentang kisah Ibu sewaktu dalam menyiapkan Ijazah beliau :
Ibu nekad untuk mengambil degree walaupun kadang-kadang kalau difikirkan semula,agak sukar bagi seorang Ibu yang mempunyai komitmen dan tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa dan sebagai Ibu kepada 7 orang anak tapi bagi Ibu,semua 2 mudah n Ibu dapat menyiapkan ijazahnya walaupun terpaksa melalui pelbagai halangan,cubaan tapi Ibu teruskan juga. KAGUM denga Ibu..
Kadang-kadang kuliah setiap hujung minggu,assigment lagi,tanda kertas ujian lagi...MasyaALLAH...
SANGAT KAGUM!!!!!

Ibu,
InsyaALLAH amir akan ikut jejak langkahmu ...


p/s:baru selesai exam first di University Yarmouk and nak naikkan semangt tuk blaja bagi sem depan...


Ibnzaq,
irbid,jordan
6.15 p.m/12.15 a.m
mode: holidays and sedang mencari xtvt yang sesuai.

Saturday 8 January 2011

Sannah helwah...Selamat hari Lahir AYAH....8 Januari...Special thanks..

Sannah Helwah Ayah...Selamat Hari Lahir ke-49..
Semoga hidupmu sentiasa diberkati n dirahmati olehNYA
Sesungguhnya kasih sayang yang kau beri tiada tandingnnya
seinfinity2 terima diucapkan kepadamu AYAH
Selama lebih 21thun menjalani hidup seorang AYAH
Tabah menghadapi segala ragam dan kerenah anak-anakmu
Moga dipnjangkan umur dan dimurahkan rezeki 
Responsible as AYAH was so heavy 
terima kasih wahai AYAH...

Special n dedikasi kepada : En. Zakri bin Kassim a.k.a Abu Amirul
From : Amirul Arief  bin Zakri a.k.a Ibn Zaq
         


Ibn Zaq,
9/1/2011,Jordan
Anakmu yang jauh diperantauan
mode:lepas studi tuk exam esok..final paper makro
Besday Abu Amirul sme dengan luqman..





Thursday 6 January 2011

Ayah..Walid..Abi..Papa..Abah..Bapak..Father..

Father
It's not time to make a change,
Just relax, take it easy.
You're still young, that's your fault,
There's so much you have to know.
Find a girl, settle down,
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.

I was once like you are now, and I know that it's not easy,
To be calm when you've found something going on.
But take your time, think a lot,
Why, think of everything you've got.
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not.

Son
How can I try to explain, when I do he turns away again.
It's always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.

Father
It's not time to make a change,
Just sit down, take it slowly.
You're still young, that's your fault,
There's so much you have to go through.
Find a girl, settle down,
if you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.
(Son-- Away Away Away, I know I have to
Make this decision alone - no)
Son
All the times that I cried, keeping all the things I knew inside,
It's hard, but it's harder to ignore it.
If they were right, I'd agree, but it's them They know not me.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.
(Father-- Stay Stay Stay, Why must you go and
make this decision alone?)


Father n Son (Yusuf Islam)..Cat Steven