Nukilan Hati Seorang Musafir Ilmu..

Tinta memberi peluang untuk menukilkan sesuatu..atas keizinan dari Ilahi..

jemputlah...buat macam rumah sendiri..


Wednesday 18 January 2012

Ombak yang dirindui..



tuhan tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintaiMu seadanya
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa nerakaMU

tuhan aku tahu byk dosaku
hanya ingatkanMu kala dukaku
namun hanya Kamu yg mampu membuka
pintu hatiku untuk cintaMu

Allah..ampunkanlah hambaMu (dosaku)
yang slalu dustakan janjiku
agar kelak ku xkan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu

Allah..jatuh air mataku
dan trus mengalir mengiringi doaku
Allah..Yang mengampuni segala
Dosa2 hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoa..
Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..

Tuesday 17 January 2012

U + T = Dia tahu yang mana terbaik.

Alhamdulillah...ucapan puji-pujian untuk Yang berhak Dipuji..Segala pujian hanyalah untukNYA.
Syukur kepadadamu Ya ALLAH kerana memberikan kekuatan kepadaku untuk mengharungi satu lagi perjalanan dalam episod kehidupan ku,,Semester 7 yang banyak mencabar mental,emosi,fizikal dan spiritual.
Sempat berborak santai bersama kawan baikku,Haniff sewaktu pulang dari membeli-belah di balad (pasar).




Aku "anep,alhmdulillah nep,habis jugak sem ni kan.,Banyak sangat bnde kite kene tempuhi"
Haniff "erm..2 la,rse macam sekejap je kan..memori banayk kot..."
Aku "hah,camne ngan markah ghiab (kehadiran) ko?full mark tak?..keh2"
Haniff "full jugak la...hahaha..sem depan ak tak nak dah ponteng muhadoroh (kuliah)"


Sedikit perbualan didalam coster (bas kecik) dalam perjalanan balik kerumah.
Syukur sangat2 dapat hadapi sem ni dengan 'tenang' sekali.
Alhamdulillah  sebab Allah izinkan Amirul Arief b. Zakri dapat tempuhi final exam yang begitu menghentakkan otak serta jiwa dan raga.

Alhamdulillah.semuanya telah selesai.Petempuran diatas kertas dengan hanya bersenjatakan sebatang pena hitam selama 3minggu moga-moga membuakan natijah yang lumayan..Moga Allah izin.

Final exam:
   اللغة العربية
تنمية والتخطيط  رياضة في حياتنا
تمويل و الإستثمار
اقتصاديات زكاة و الوقف
اقتصاد الإجتماعي

3 Januari 2012 - 17 Januari 2012.
Tarikh pertempuran bakal2 penegak kalimah syahadah yang telah selasai dilalui.
Dan kini hanya seinfiniti-infiniti tawakkal diletakkan kepadanNYA untuk menentukan hasilnya setelah berusaha sehabis mungkin.Hanya doa yang mampu dipohon moga najitah kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..

Kalamullah "Kalau kamu dah beriltizam (berusaha),maka bertawakkallah kepada ALLAH"

Tawakkal menjadikan manusia tidak terlalu kecewa jikalau natijahnya kurang enak kerana  hanya Dia yang tahu yang mana terbaik buat kita.


Sunday 15 January 2012

status fb#10 prinsip ABC.

Ambil yang baik, Buang yang buruk, dan Ciptakan yang baru!

 PMK Permai

Friday 13 January 2012

Lets the Quran answer it..

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU DAH TAK TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ....dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 87

copy from Syed Hafitzie..

Wednesday 11 January 2012

status FB#9 bersangka

"biar tersalah dalam bersangka baik jangan tersalah dalam bersangka buruk"
-mustafa suki-

Tuesday 10 January 2012

50an.(meningkat tapi singkat)..

9/1/2012
Tamat paper final exam untuk hari ini,saya terus kol famili kat malaysia,rindu sangat2 pada semua.Maklumlah dah lame tak kol famili,sibuk exam la (konon2nye)..
Sebab biasaanye saya akan kiol famili setiap mggu,kalau paling kurang pun 2minggu sekali..Sudah memang jadi rutin setiap minggu wajib kol famili ,,memang duduk oversea nibaru kita sedaar famili itu sangat bermakna..yela,selama ni ,nak ucap 'amir sayang ibu,amir sayang ayah,amir rindu ibu,selamat hari jadi ibu,selamat hari jadi ayah,semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan selalu' dan banyak lagi la dialog2 yang memang susah nak cakap mase kat Malysia.Bile dah sampi kat oversea ni,dialog2 ni secara spontan akan keluar bile telefon famili,nak2 bile cakap ngan ibu n ayah..Syukur ya ALLAH..

Sebenarnye memang nak kol pada 8/1/2012 tapi exam..
Sebenanrnye kol famili sebab hari lahir AYAH 8/1/2012...bestnye dapat wish kat AYAH.
Mase cakap ngan ayah,saya ckap la..
"selamat hari lahir,moga dipanjangkan umur n diberi kesihatan"
"terima kasih"jawab ayah.
"erm..bpe dah ek ayah?"
Jawapan ayah yang spontan,tetapi memberi kesan yang sangat mendalam dalam diri.
"no IC 610108..mknenye dah 51 dah la...UMUR MAKIN MENINGKAT,TAPI MAKIN SINGKAT"

Allahuakbar..terus terdiam..Rupenye ayah dah berusia 50an..
Bile kenang balik,sekejap je mase berlalu..dah 51tahun dah umur ayah.
Jawapan ayah 2 buatkan hati rase sebak sekejap..
Alhmdulillah ..syukur ya ALLAh kau telah berikan ayahku sehingga tahap ini,moga2 ayah dipanjangkan umur n diberi kesihatan untuk terus membesarkan kami dan melihat kejayaan anak-anakmu.
TERIMA KASIH AYAH.

THE BEST EVER FATHER...tiada ayah sehebat AYAH..
PUISI KHAS UNTUK MY LOVELY FATHER.

tersenyum wajahmu hinnga kini,
walau pelbagai ranjau menerpa diri,
untuk membesarkan anak2mu ini,
telalu banyak pengorbanan yang AYAH beri,
jerih payah AYAH lalui,
menjadi inspirasi buat kami
moga diberi kekuatan dalam diri,
untuk terus mendidik diri kami,
anak-anakmu yang AYAH cintai,,

TERIMA KASIH AYAH..