Nukilan Hati Seorang Musafir Ilmu..

Tinta memberi peluang untuk menukilkan sesuatu..atas keizinan dari Ilahi..

jemputlah...buat macam rumah sendiri..


Saturday 31 December 2011

MAHAL dan makin MAHAL

Wanita itu MAHAL.
Sangat-sangat mahal.
Mahal segala-galanya. Mahal dari segala sudut.
Makin mahal wanita itu APABILA
makin mulia peribadinya, makin baik akhlaknya,
makin elok percakapannya, makin terjaga auratnya, makin indah budi pekertinya. Oh, wanita seperti inilah yang akan membahagiakan para lelaki (suami) mereka nanti.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud;

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Friday 30 December 2011

status FB #4

Antara yang seronok mengahwini seorang doktor ialah, selain sudah tidak lagi ke klinik, kita akan sangat rajin mengulangkaji Google Calendar, sensitif dengan masa dan semua itu menjadikan kita sangat dinamik. Orang-orang bujang keliling saya, tolonglah pertimbangkan cadangan ini. Kahwinlah dengan doktor.

Pleaseee!!!

via saifulislam.

status fb#3 benar ada sinar

BERKATALAH BENAR WALAUPUN TIDAK DIBENAR,
KERANA PADA BENAR ITU ADA SINAR

status FB #2

orang yang hatinya terasa sangat berat untuk call mak ayah dan kawan-kawan, hanya kerana sayangkan seringgit dua kredit prabayar. mereka ini perlu diingatkan selalu,bertapa ramai manusia yang sanggup menghabiskan segala harta yang selama ini dikejar dan dikumpul untuk mendapatkan peluang mendengar suara mereka sesaat dua,tetapi sudah tidak berpeluang kerana mereka sudah dipisahkan oleh dua alam yang berbeza. Manfaatkan peluang yang ada,jangan bertangguh,hidup dunia ni sat je. Call mereka,buat mereka gembira.

azlanshah JB

status FB #1

Bila kita mampu melakukan kebaikan,
jangan kita cela pada yang tidak mampu.
Sesungguhnya kebaikan itu adalah rezeki daripada Allah.
Yang sepatutnya kita lakukan adalah membantu
menunjukkan jalan,
dan memberikan harapan.

via H.A

Thursday 29 December 2011

Tak sabar tapi berdebar

Kata-kata yang boleh ditafsir dalam pelbagai sudut dan perspektif.
Setiap orang dapat memberi respons  dan pandangan berbeza mengikut pengetahuan dalam diri masing- masing.
Kadang-kadang dalam kehidupan yang pengakhirannya AKHIRAT,kite seringkali mengalami pelbagai ranjau serta tribulasi yang kadang-kadang menyebabkan kita berasa ingin berputus asa.
Namun sikap serta sifat negatif seumpama ini harus dikikis bagi memungkinkan kita untuk kembali ke JANNAH kerana janji yang Sang Pencipta itu benar belaka. (MUQADDIMAH)

Tak sabar tapi berdebar seringkali berlaku dalam kehidupan seharian kita.Kadang-kadang hati berasa sangat tidak tenteram kerana risaukan sesuatu berdasarkan status individu.


Student : "ya ALLAH,risaunye nak exam,mintak2 la semua lulus,dah la final year...xnak repeat"
Engaged : "ya ALLAH,mintak2 la kawen nnt semuanya ok"
Workers : "ya ALLAh,mintak2 la bulan ni capai target,klu x ,x naik la gaji ak"

Monolog-monolong yang acap kali bermain2 dalam hati.Mesti familiar kn??

Situasi saya sekarang adalah yang pertama.
Sebagai student tahun akhir di Universiti Yarmouk,Jordan saya seringkali bermonolog
'Boleh ke"
"Cuaknye"
"Risaunye"

Bile rase macam ni,perkara yang biasa saya buat call family kat malaysia.Bile dapat cakap dengan ibu,ayah n adik beradik yang lain pastu dengar plak cite2 jatuh tangga la,pegi shopping la n pe2 je la kadang2 dapat wat perasaan risau tu hilang..macam baru dapat ubat.. ^_^
Yang paling best bile dapat dengar ibu cakap panjang2  n nasihat aank die ni..macam2 la nasihat ibu..
Selalu suruh ibu doakan,rasanye dah bali kali sebut kat ibu,tapi still jugak nak cakap...LOVE MY IBU.

tapi yang paling penting ialah ingatlah yang MAHA Pencipta coz hanya dengan ingat kat DIA,100% mesti hati yang resah gelisah jadi tenang setenang air dikali....(jangan disangka tiada buaya)..hehe

teringat satu puisi yang selalu saya tengok bile balik kat kampung,ade kat tertampal kat almari umah MAK (nenek)... tapi x ingat la penuh..
.....................,
.....................,
bila hati rasa gelisah,
ingatlah  pada YANG MAHA ESA..



InsyaALLAh,boleh!!..doa pada yang MAHA MEMAQBULKAN DOA..








Friday,9.57 a.m.,
Irbid,Jordan