Nukilan Hati Seorang Musafir Ilmu..

Tinta memberi peluang untuk menukilkan sesuatu..atas keizinan dari Ilahi..

jemputlah...buat macam rumah sendiri..


Thursday 29 December 2011

Tak sabar tapi berdebar

Kata-kata yang boleh ditafsir dalam pelbagai sudut dan perspektif.
Setiap orang dapat memberi respons  dan pandangan berbeza mengikut pengetahuan dalam diri masing- masing.
Kadang-kadang dalam kehidupan yang pengakhirannya AKHIRAT,kite seringkali mengalami pelbagai ranjau serta tribulasi yang kadang-kadang menyebabkan kita berasa ingin berputus asa.
Namun sikap serta sifat negatif seumpama ini harus dikikis bagi memungkinkan kita untuk kembali ke JANNAH kerana janji yang Sang Pencipta itu benar belaka. (MUQADDIMAH)

Tak sabar tapi berdebar seringkali berlaku dalam kehidupan seharian kita.Kadang-kadang hati berasa sangat tidak tenteram kerana risaukan sesuatu berdasarkan status individu.


Student : "ya ALLAH,risaunye nak exam,mintak2 la semua lulus,dah la final year...xnak repeat"
Engaged : "ya ALLAH,mintak2 la kawen nnt semuanya ok"
Workers : "ya ALLAh,mintak2 la bulan ni capai target,klu x ,x naik la gaji ak"

Monolog-monolong yang acap kali bermain2 dalam hati.Mesti familiar kn??

Situasi saya sekarang adalah yang pertama.
Sebagai student tahun akhir di Universiti Yarmouk,Jordan saya seringkali bermonolog
'Boleh ke"
"Cuaknye"
"Risaunye"

Bile rase macam ni,perkara yang biasa saya buat call family kat malaysia.Bile dapat cakap dengan ibu,ayah n adik beradik yang lain pastu dengar plak cite2 jatuh tangga la,pegi shopping la n pe2 je la kadang2 dapat wat perasaan risau tu hilang..macam baru dapat ubat.. ^_^
Yang paling best bile dapat dengar ibu cakap panjang2  n nasihat aank die ni..macam2 la nasihat ibu..
Selalu suruh ibu doakan,rasanye dah bali kali sebut kat ibu,tapi still jugak nak cakap...LOVE MY IBU.

tapi yang paling penting ialah ingatlah yang MAHA Pencipta coz hanya dengan ingat kat DIA,100% mesti hati yang resah gelisah jadi tenang setenang air dikali....(jangan disangka tiada buaya)..hehe

teringat satu puisi yang selalu saya tengok bile balik kat kampung,ade kat tertampal kat almari umah MAK (nenek)... tapi x ingat la penuh..
.....................,
.....................,
bila hati rasa gelisah,
ingatlah  pada YANG MAHA ESA..



InsyaALLAh,boleh!!..doa pada yang MAHA MEMAQBULKAN DOA..








Friday,9.57 a.m.,
Irbid,Jordan

No comments:

Post a Comment