Nukilan Hati Seorang Musafir Ilmu..

Tinta memberi peluang untuk menukilkan sesuatu..atas keizinan dari Ilahi..

jemputlah...buat macam rumah sendiri..


Tuesday 21 December 2010

Idaman..

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlaq Mulia
Wanita yang berakhlaq mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: - Bersopan satun
.:: - Senantiasa memaniskan wajah
.:: - Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: - Menutup aurat
.:: - Ramah dan mesra
.:: - Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
Baiklah saudari dan saudara.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Semoga apa yang telah dikongsikan dapat memberi manfaat kepada diri anda dan menjadi kayu pengukur dalam keperibadian akhlaq diri saya dan juga anda serta pasangan.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri termasuk diri saya yang dhoif di hadapan ALLAH Az Wajalla jua. Wallahu ‘alam bisowob. ((=

Monday 29 November 2010

Got The Nice Dream.

29/11/2010
Hari ini aku rasa letih seketika kerana imtihan sani sudah bermula dan segala persiapan telah dibuat bersama kawan2 pada malam sebelumnya.
sangat seronok apabila kawan2 datang kerumah dan ramai2 blaja,macam studi group,but it still happening.
bincang same2 tentang peperiksaan ,pelajaran..seronok sangat2 kerana itulah tujuan sebenar aku datang dan bermusafir ke sini
alhamdulillah,perbincangan kami membuahkn hasil kerana the questions that were asked to us were same dengan  ape yang kami studi and discuss in that night.
Seronok sangat2 because iklim atau biah belajar 2 masih ada,walaupun kadang2 aku merasakn bahawa tujuan asal aku datang kesini ada ketikanya terlupa dan just nak seronok2 datang kesini..
Tapi kwan2 yang ada memang best sangat2,(adan,luqman,arif,hanif,badrul,zarul)beststudi malam hari 2..
our dicussion have a balance topic,not just about the exam,but we also shared about the latest issues in malaysia,about the student in yarmouk university and most weirdly about the malay boy and girl ,and i thought they were muslim,they had play their mouth in the public..how dare they are?not ashamed to other races that walk behind the?who is their parents?and the important thing is,their bad action n attitude will make the other religion think bad about  ISLAM ,religion that have the best daily life,good attitude and the world religion..i am very angry about that..!!!!!!.....enough!!!!!

night (29/11/2010)
Banyak kerja yang perlu ak siapkan dan kadang2 aku merasakn,tidak cukup masa,walhal masa yang diberikan adalah sama kepada semua manusia,hanya manusia yang gagal mengurus masa dengan betul,dan mengakibatkan mereka tidak cukup masa..like me..hu2.

 morning (30/11/2010)
when i woke up from sleep,i feel very happy coz i have a nice dream that make me remember evervthing about my "blood felt"....
i had dreamed about my mother, and my baby eza.
aku dapat pulang kerumah dan dapt berjumpa dengan keluarga tercinta..memang best sangat2
dapat masuk bilik sendiri kat rumah,dapat belek2 baju n kitab2 lam yang ada dalam blik,dapat suruh my baby eza berjalan,tapi tak sempat tgk dy berjalan...sedih sangt
Tapi ape2 pun ,memang best saangat2,
Thank ALLAH.Alhamdulillah....syukur kepada Allah yang masih memberikan aku kehidupan pada hari ini untuk meneruskan perjuangan kembara dibumi barakah ini...
lastly,for the conclusion, best sangat2 bile berbincang n berkongsi.....best sangat2 dapat mimipi jumpa my lovely mother..
Indahnya hidup bershabat....waallhua'lam..

ibnzakri,
dipagi yang sejuk di irbid,jordan
roomates sume tido lagi..
3.23.pm (m'sia) 9.00am (jordan)

Saturday 20 November 2010

miss my baby..emieza adliyana...how r you there?....miss a lot..

eza dh pndai berjalan ke skrg?
eza dh pndai berlari ek?
abg rndu la kat adik abg sorg ni...
ag2thn abg blek ok...
miss ,you a lot my baby. 
 miss you so much..
fathter mother..
syang semuanya...

ibnuzakri
7.13pm(jordan) = 1.13am (malaysia)
mode:  rindu banget sama kamu..EZA!!(emieza adliyana)
 
 
 

Corat-coret anak rantau..BERKORBAN!!!









\

SALAM AIDILADHA...

Assalamualaikum semua,seinfinitit-infiniti kesyukuran terhadap ALLAH swt yang mana telah menemukan kita semua dalam EIDULADHA pada tahun 2010.Alhamdulillah kita masih lagi dipinjamkan  nyawa olehNYA dan dengan itulah kita mampu hidup smpai sekarang  dan saat ini.Alhamdulillah semua umat islam telah dapat menyambut perayaan ini dengan aman dan damai walaupun berbeza disetiap tempat tetapi tujuannya ialah untuk memperingati pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail,yang mana baginda mendapat perintah daari ALLAH untuk menyembelih anaknya sendiri,tetapi dengan keyakinan dan keimanan yang teguh,perintah tersebut telah dilaksanakan,Pengajarann yang cukup besar bagi kita umat islam pada masa kini,yang kadang -kadang tidak mahu melakukan sedikit pun pengorbanan terhadap ISLAM.Banyak lagi pengorbanan yang perlu dilakukan oleh umat islam pada masa kini untuk mendaulatkan kemuliaan islam dimata dunia.
PELAJAR,PEKERJA,
ALL OF US HAVE OUR RESPONSIBILITY...
Pada bulan Zulhijjah ini,banyak ganjaran-ganjaran yang dijanjikan oleh  ALLAH terutama 10 terawal bulan Zulhijjah.
Ibadah haji
Pengorbanan..

Alhamdulillah,semoga apa yang saya kongsi dapat memberi manfaat walaupun sedikit,seperti dlam sabda Baginda S.A.W yang mafhumnya,sampaikan daiku  walaupun satu ayat.

Alhamdulillah,dibawah ni ada sedikit gambar2 sekitar smbutan hari raya EIDULADHA yang kami raikan buat pertama kalinya di  The Hashemite Kingdom of Jordan...Rindu FAMILI....
 
 



bakal2 jemaah haji sebelum berangkat ke mekah

perpisahan sementara,jemaah haji..

gotong -royong dak2 ikip sempena eiduladha,sume rajin2..

duk diperantauan,bab2 memasak menjadi semakin mahir..he2'

gotong -royong,siapkan makanan

kari ayam,juadah jamuan malam,(belum siap masak)

indahnya hidup bersahabat,.kami mkan diatas plastik,eratkan ukhuwah..

xtvt selepas jamuan..main game..bukan selalu

pas solat rye,rumahku way masak2 cket,kari ayam,mee kari,kari daging..rendang ,ketupat n lemang xd la..hu2
bersama sahabat pada jamuan hari raya mahasiswa IRBID

indahny bersahabat...

menati giliran mengambil makanan,sempat ag snap..he2

makan la pulak...

makan kari kambing,kari lembu



Tapi seriously,Malaysia is the best...RINDU MALAYSIA!!!!!


ibnuzakri
5.50 p.m.(Jordan) = 11.50(Malaysia)
tggu waktu isya'..

Tuesday 16 November 2010

When we got something,we'll lost something....

Assalamualaikum...
Miss my blog coz have mony work to do and don't have t enough time to update and "date" with my blog..Alhamdulillah and thank to GOD that gave me some kesempatan n masa to me to share some experiences..


.when we got something,we will lost something..
Ada benarnya kata-kata tersebut sebab saya sudah melaluinya,
Bila kita gembira n bahagia,tidak semestinya kita gembira n bahagia untuk selamanya,
When we sad,it doesn't mean that we sad forever,
When we love,don't love over the limit coz what we love will become the hated one,
when we hate,don't hate over the limit coz what we hate will become the loved one,


Vey miss My GADGET...Hope some miracles can happen..

Monday 1 November 2010

Good man 4 the good girl...Vice versa

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita..??
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah S.A.W:-
” Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah
Memujuk rayu
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku semua…

Tuesday 26 October 2010

BESTDAY......

Bestnye hari ini,
Hari ini sungguh best,
Sape nak tau,hari ni best,
Pagi yang betol2 best,
Nikmat rasenye,best sangat-sangat,
Dikeheningan pagi,
Disaat sume lena diulit mimpi indah,
Bergelimpangan diatas tilam empuk,
Dibawah hiram yng beratnye 10kilo,
Something was happen to me ,
I felt very excited,happy,best,
wooooww
This morning,aku telah terdengar kokokan ayam yg pertama sepanjang ak duk kt sini,
Dijordan,susah nak dengar bunyi kokokan ayam,
Teringat mase DISANA,
Kokokan ayam....best...

Sunday 24 October 2010

Wah...memang jd chef r datang jordan..


Assalamualaikum semua......pe khabar??....kali ni ,saje je nak kongsi pe yg sy n kawan2 telah mendapat sesuatu yg baru..Kitorg telah berjaya masak makanan MALAYSIA di bumi JORDAN ni.Setelah hampir 2bulan kami merantau di bumi SYAM ni,pelbagai jenis masakn yang kami telah berjaya rungkaikan cara pembuatan dy...mmg syok coz dpat masak sendiri..coz dulu asyik makan je,skrg dh power dh,ckp je nk msk pe,INSYAALLAH boleh......Kire xrugi r spe dapat kami...Ahli rumah BAYT PARADISE..Ni adalah jenis2 masakan malaysia yg kami telah berjaya masak..satu pencapaian yg membanggakan..TAHNIAH!!!






kulit ayam goreng kunyit

kari ayam n daging

sayur goreng (kobis )

sup ayam

ayam masak merah...
So,cmne...terliur tak tgk..heeh..ni bru cket..nnt kite tgk ag ek...
Sebenarnya nak cite,betapa hidup berdikari ni best,ad plak kwan2..mmg seronok hidup di perantauan...


Dulu,
'Amir,g amik serai kt luar
'Amik daun pandan sekali,
'Beli sayur,ikan,ayam
'Beli gas
'Beli beras sekali..
'Ibu masak pe rini?
'Brppp..Alhamdulillah,sedapnya ibu masak'
'Cuci pinggan 2'

Kini....
'Jom gi balad(pasar)
'Beli barang dapur
'Nak masak pe rini?
'Masak je la,jnji kenyang
'Masak la macam ibu ko masak dulu'

Sesunguhnya memang rindu arahan2 n suruhan ibu n ayah...Kat peratauan,sume kene berdiri atas kaki sendiri,..Thank ibu n ayah...MISS both of you SOOOOOOO  MUUUUCCCHHHH!!!!!



ibnzakri,
bayt paradise
11pm jordan,4am malaysia.
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 


 

MOTHER.....why you must lie???


Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!
01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".
02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."
03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."
04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."
05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."
06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."
07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."
08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!


ibnzakri,
bait paradise,
9.00 pm jordan,2.00 am malaysia..